Tuesday, 30 September 2014

Minggu bermacam-macam


 Assalamualaikum

Selepas minggu I-fest, minggu integriti pula mendatang dan minggu ini? minggu sukan !!
Bermacam-macam aktiviti dilakukan setiap minggu bagi memenuhi lagi jadual kami yang memang sudah sedia padat dengan tugasan.

Namun sebagai pelajar yang berintegriti saya berasa bertanggungjawab dalam melakukan semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak IPG.

Sepanjang melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam minggu-minggu ini, banyak pengalaman yang saya perolehi dan sememangnya saya akui pengalaman-pengalaman seperti inilah yang akan memberi pengetahuan kepada kita dan pengalamanlah yang akan mendewasakan kita.

saya berharap agar saya dapat menyertai program-program seperti ini pada masa-masa akan datang.

:)

No comments:

Post a Comment