Sunday, 19 October 2014

Peperiksaan !


Assalamualaikum.

Agak lama juga saya tidak berkongsi apa-apa di blog saya memandangkan kehidupan di IPG agak sibuk. IPGKPM baru sahaja menjalankan aktiviti sukan beberapa minggu lepas. pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Rumah Sukan Sri Telang !

Pada minggu lepas pula, seramai 10 Orang dari PPISMP JUN 2014 Sejarah telah mengikuti bengkel puisi di IPGKPI. banyak pengalaman yang telah kami perolehi sepanjang mengikuti bengkel tersebut.

Tidak lama lagi kami akan menduduki peperiksaan pula. so lets fight for the best.

Tuesday, 30 September 2014

Minggu bermacam-macam


 Assalamualaikum

Selepas minggu I-fest, minggu integriti pula mendatang dan minggu ini? minggu sukan !!
Bermacam-macam aktiviti dilakukan setiap minggu bagi memenuhi lagi jadual kami yang memang sudah sedia padat dengan tugasan.

Namun sebagai pelajar yang berintegriti saya berasa bertanggungjawab dalam melakukan semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak IPG.

Sepanjang melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam minggu-minggu ini, banyak pengalaman yang saya perolehi dan sememangnya saya akui pengalaman-pengalaman seperti inilah yang akan memberi pengetahuan kepada kita dan pengalamanlah yang akan mendewasakan kita.

saya berharap agar saya dapat menyertai program-program seperti ini pada masa-masa akan datang.

:)

Tuesday, 2 September 2014

MERDEKA !


Assalamualaikum ..

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN yang Ke-57. membawa tema yang menarik pada tahun ini,



Logo dan Tema Hari Kemerdekaan ke-57 2014

semoga kemerdekaan yang kita miliki kini tidak kita persiakan :)

Lirik

Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi


Cinta bergema
Sejarah kebangkita
 Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya
Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu
Korus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Thursday, 21 August 2014

Salam takziah, MH17


Assalamualaikum..  

Hari ini bertarikh 22 Ogos 2014 merupakan Hari berkabung Malaysia sempena memperingati tragedi MH17 yang berlaku pada 17 Julai 2014


Rakyat semua di minta bertafakkur walaupun dimana mereka berada. Waktu bertafakkur selama seminit bagi menghormati jenazah mangsa nahas,  Jumaat antara 10.45 hingga 11.15 pagi.


Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 Jumaat


-Semua acara berunsur hiburan juga perlu ditangguhkan pada hari berkenaan

-Turut ditetapkan tata cara pakaian berwarna suram, terutama bagi petugas yang terlibat  dengan istiadat perkabungan

-Pakaian bagi petugas lelaki beragama Islam digalakkan memakai songkok, tanpa lilitan    warna putih manakala wanita perlu memakai selendang hitam

-Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen  ditangguhkan dan Ia diganti dengan bacaan al-quran dan program berunsur keagamaan


Sumber infoharian.com: MH17 Peraturan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014 




 





Al-fatihah









Tuesday, 19 August 2014

Mari jadi pelajar yang professional :)


Assalamualaikum ~

Sebagai seorang pelajar kita tidak lari daripada tekanan. Pelbagai tekanan yang dihadapi oleh pelajar, tidak kiralah tekanan dalam menjalankan dan menyiapakan tugas, tekanan dalam pembelajaran atau pun tekanan dalam membuat suatu pilihan. Namun kita perlulah mengawal tekanan tersebut dengan cuba jadi pelajar yang professional. Meskipun lambakan kerja yang masih belum selesai, usahlah kita bermasam muka, usahlah kita melepaskan marah pada orang lain pula. Bersabarlah. Salah satu cara untuk mengurangkan tekanan ialah dengan tidak menangguhkan kerja. Senyum dan berlapang dada. Yakinlah bahawa Allah akan memudahkan segala urusan kita.




Friday, 1 August 2014

my first post


Assalamualaikum. hello there. this is my first post for this blog so sila beri tunjuk ajar :)